SELAMAT DATANG KE BLOG SK KG CHABANG, 24300 KERTEH, KEMAMAN, TERENGGANU

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan izinNya kita bertemu kembali untuk meneruskan usaha mendidik anak bangsa dan dapat bertugas di tahun baru 2013. Selaku ketua pentadbir dan pengurus sekolah, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua guru-guru dan kakitangan kerana telah berjaya menjalankan tugas dan tanggunjawab yang diamanahkan kepada tuan/puan sepanjang tahun 2012 dengan berkesan dan cemerlang. Akhir kata,selamat menjalankan tugas, semoga segala apa yang kita lakukan direstui dan diberkati Allah SWT, insyaAllah. Terima kasih.

Saturday 18 May 2013

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru


TEMA HARI GURU 2013

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013
telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara

No comments:

Post a Comment