Hari ini hari pertama persekolahan.
Sepertimana hari-hari pertama persekolahan, ada seribu satu macam gelagat anak-anak menghadapi alam baru persekolahan khususnya murid-murid tahun 1 tahun ini.
Bagi yang biasa dengan suasana di SKKC mungkin tidak menjadi masalah. Berjumpa semula dengan rakan-rakan lama .
Walaubagaimanapun, warga sekolah mengalu-alukan kedatangan anda ke sekolah ini.
Bagi murid-murid yang berada di tahun 2 hingga ke tahun 6, ini masanya anda bermula dengan semangat yang baru, selepas berehat beberapa minggu, pergi bercuti bersama keluarga, sekarang sesi persekolahan baru untuk anda. Tingkatkan usaha anda kali ini agar kejayaan diperolehi dengan cemerlang. Lebih cemerlang dari yang lalu.
Selamat kembali ke alam persekolahan 2012
No comments:
Post a Comment