SELAMAT DATANG KE BLOG SK KG CHABANG, 24300 KERTEH, KEMAMAN, TERENGGANU

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan izinNya kita bertemu kembali untuk meneruskan usaha mendidik anak bangsa dan dapat bertugas di tahun baru 2013. Selaku ketua pentadbir dan pengurus sekolah, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua guru-guru dan kakitangan kerana telah berjaya menjalankan tugas dan tanggunjawab yang diamanahkan kepada tuan/puan sepanjang tahun 2012 dengan berkesan dan cemerlang. Akhir kata,selamat menjalankan tugas, semoga segala apa yang kita lakukan direstui dan diberkati Allah SWT, insyaAllah. Terima kasih.

Sunday 12 February 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH



Khamis-09 Februari 2012 , majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah Sk Kg Chabang telah berlangsung dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan perarakkan sambil membawa sepanduk dan berselawat oleh semua warga Sk Kg Chabang bermula dari dewan terbuka sekolah berarak ke Masjid Kg Chabang.