SELAMAT DATANG KE BLOG SK KG CHABANG, 24300 KERTEH, KEMAMAN, TERENGGANU

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan izinNya kita bertemu kembali untuk meneruskan usaha mendidik anak bangsa dan dapat bertugas di tahun baru 2013. Selaku ketua pentadbir dan pengurus sekolah, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua guru-guru dan kakitangan kerana telah berjaya menjalankan tugas dan tanggunjawab yang diamanahkan kepada tuan/puan sepanjang tahun 2012 dengan berkesan dan cemerlang. Akhir kata,selamat menjalankan tugas, semoga segala apa yang kita lakukan direstui dan diberkati Allah SWT, insyaAllah. Terima kasih.

Saturday 18 May 2013

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru


TEMA HARI GURU 2013

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013
telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara

Sunday 12 February 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH



Khamis-09 Februari 2012 , majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah Sk Kg Chabang telah berlangsung dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan perarakkan sambil membawa sepanduk dan berselawat oleh semua warga Sk Kg Chabang bermula dari dewan terbuka sekolah berarak ke Masjid Kg Chabang.











Monday 2 January 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Hari ini hari pertama persekolahan.
Sepertimana hari-hari pertama persekolahan, ada seribu satu macam gelagat anak-anak menghadapi alam baru persekolahan khususnya murid-murid tahun 1 tahun ini.

Bagi yang biasa dengan suasana di SKKC  mungkin tidak menjadi masalah. Berjumpa semula dengan rakan-rakan lama .

Wednesday 28 December 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pelajar dan warga SK KG CHABANG. Sesi persekolahan 2012 dimulakan pada 3..1.2012 dengan suasana serba baru.  

Tuesday 27 December 2011

HARI PENDAFTARAN MURID TAHUN 1-6 2012

Assalamualaikum...

Kepada Ibu Bapa/ Penjaga Murid SK KG CHABANG, pendaftaran murid bagi sesi 2012 adalah seperti berikut:

Tarikh  : 2 Januari
Hari     : Isnin
Masa   : 9.00 -12 tgh

MESYUARAT Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

1. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
Tarikh : 28 Disember 2011 (Rabu)
Masa  : 8.30 hingga 1.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : Semua guru

Wednesday 21 December 2011

MESYUARAT GURU 1/2012

MESYUARAT GURU 1/2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Kepada semua warga pendidik SK KG CHABANG.
Sukacita dimaklumkan semua warga pendidik SKKC diminta hadir ke mesyuarat-mesyuarat  yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

1. Mesyuarat Pengurusan Sekolah 2012
              Tarikh : 26 Disember 2011 (Isnin)
              Masa  : 8.30 hingga 1.00 ptg
              Tempat : Bilik Mesyuarat
              Kehadiran : Guru Besar dan Semua Penolog Kanan

2. Mesyuarat Guru Pertama 2012
              Tarikh : 27 Disember 2011 (Selasa)
              Masa  : 8.30 hingga 1.00 ptg
              Tempat : Bilik Mesyuarat
              Kehadiran : Semua guru

3. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
Tarikh : 28 Disember 2011 (Rabu)
Masa  : 8.30 hingga 1.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : Semua guru

4. Mesyuarat Hal Ehwal Murid
Tarikh : 29 Disember 2011 (Khamis)
Masa  : 8.30 hingga 1.00 ptg
          Tempat : Bilik Mesyuarat
          Kehadiran : Semua guru